Osman Kering meninggal dunia selepas 18 hari koma



KUALA LUMPUR 29 Jun - Pelawak Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, meninggal dunia hari ini setelah 18 hari berada dalam keadaan koma.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan tujuh orang anak dan isteri, Che Norhayati Che Omar, 48, pada pukul 3.45 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini.
Anak keempatnya, Nurhidayah, 24, berkata, sebelum solat Jumaat, doktor telah memanggil semua ahli keluarga untuk menyatakan keadaan terkini kesihatan pelawak itu.
"Pada sebelah pagi, doktor beritahu kami yang keadaan ayah sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
"Selepas berbincang, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk membenarkan alat bantuan pernafasan yang dipakaikan dibuka, selepas solat Jumaat hari ini.
"Bagi kami, biarlah ayah pergi menemui Ilahi dengan tenang daripada terus menderita dalam keadaan koma lebih lama," katanya ketika ditemui di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri.
Jenazah disembahyangkan di masjid tersebut dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.
Menurut Nurhidayah, Allahyarham mengidap penyakit batuk kering sejak 15 tahun lalu dan penyakitnya kembali merebak awal Jun lalu selepas demam berterusan.
"Ayah dimasukkan ke hospital pada 11 Jun lalu, selepas demam dua minggu. Sebelum demam ayah kerap bergurau dengan kami dan pernah beritahu emak yang dia bermimpi bertemu dengan rakan-rakan karib yang telah meninggal.
"Antara yang muncul dalam mimpinya adalah arwah Zami Ismail dan M. Rajoli. Sekarang ayah pula mengikut jejak langkah mereka. Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya.
Katanya, Allahyarham yang pernah muncul dalam filem XX Ray II adalah seorang ayah yang suka bergurau, berjiwa penyayang dan jarang memarahi anak-anak.
Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana Alias yang turut menziarahi jenazah berkata, dia rapat dengan Allahyarham kerana berkawan dengan Nurhidayah.
"Nana sering juga ke rumah 'uncle' dan Allahyarham banyak memberi nasihat kepada Nana. Kalau bersama 'uncle', Nana sentiasa gelak kerana arwah suka buat kelakar," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply

    Category

    • (4)
    • (1)
    • (1)
    • (1)
    • (3)
    • (2)
    • (1)
    • (1)
    • (1)
    • (1)
    • (1)

    Category

    • (4)
    • (1)
    • (1)
    • (1)
    • (3)
    • (2)
    • (1)
    • (1)
    • (1)
    • (1)
    • (1)

    Category

    • (4)
    • (1)
    • (1)
    • (1)
    • (3)
    • (2)
    • (1)
    • (1)
    • (1)
    • (1)
    • (1)

© 2012 Blog Sensasi™. All rights reserved.